Pages

Sunday 12 May 2013

INTERFERENCE

*   *   *
admin can't access her own blog to layan ker tangan gatal
so, she decided to tumpang melayan tangan gatal here

mintak maap~~~
*   *   *

LAW KANA BAINANA nyanyian Abdul Rahman Muhammad berlagu menggantikan Trouble is A Friend - Lenka. Mata yang menengadah langit malam daripada tingkap kereta sedikit terpejam menghayati narration berlagu Abdul Rahman Muhammad.

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia  

Dalam hati melagukan definisi sajak Arab yang berlagu daripada corong radio.
 
"Lagu apa ni?"

Sekilas, mata yang terpejam terbuka pantas. Along yang sedang memegang stereng kereta dengan tangan kanan sambil tangan kiri menekan butang next di radio kereta dia pandang pelik.

"Lagu lah..." Dia jawab malas. Macam Along tak biasa dengar lagu ni? Bukan selalu main ke kat Oasis? Al Hijrah semua?

Sengih kambing Along berbunga.

"Lagu apalah yang kau dengar ni, Ngah oi?"
Panjang "oi" Along, buat dia kerut kening. Along potong steam!

Law Kana Bainana sudah bertukar dengan ACAB - Street of Uptown. Dia buat muka malas sambil memandang ke luar kereta semula. Tengok lampu jalan lagi best!

Nard dan Nuar di belakang sudah tersengih - sengih kerang, tengoh Along gulakan Angah. Yang Angah ni pun satu, buat tabiat apa dengar lagu arab? Selama ni bukan jargon arab tu tak pernah wujud ke? Sekolah agama pun tak. Pelik.

*   *   *

"Eh, Angah!"
Suara Nard menyapa telinga, mematikan gerak tangan yang tadinya mencapai Nutella daripada rak di hadapan mata.

Dia angkat kening tanya.

"Apa angah pakai stokin  ni? Macam alien..."

Komen angah dia balas dengan muka pelik. Alien dia kata aku?

"Sejuk..."
Dia balas pasrah. Nampak pelik sangat ke dia pakai stokin ni?

"Ini Malaysia lah, Angah. Bukan UK yang serba sejuk tu. Taulah musim hujan tapi tak adalah kat Malaysia ni sejuk beku?"
Nard sambung lagi komen. Sambil tangan menolak troli melalui sisinya.

Is that wrong? Dia senyap tak terkata.

*   *   *
"Angah? Tak nak bukak tudung?"
Acu Mat tanya dia tiba - tiba. Mungkin selepas setengah jam dalam ruang tamu rumah opah, kepalanya masih berbalut dengan tudung bawal 45" itu.

Dia senyum serba salah. 

"Kejap lagilah..." Pendek.

"Alah... Dengan saudara sendiri, bukak aje lah..."
Acu Mat sambung lagi.

Dia sengih. Sengih kerang busuk.

*   *   *

Kaki yang tergantung di atas buaiyan dia goyangkan, mengikut rentak buaiyan bergerak. Sambil mata menebar pandang ke awan gelap. Bintang! Dia tarik sengih segaris. 

"Angah kenapa? Opah tengok hari ni tak banyak cakap sangat?"
Suara Opah yang tiba - tiba kedengaran buat dia toleh 90 darjah. Dia senyum. Ikhlas.

"Ada apa - apa nak cerita kat Opah?"
Opah sambung tanya sambil melabuhkan punggung di sisinya.

Dia senyap. Nak cakap? Tak nak cakap?

"Ceritalah..."

Ayat sekuntum opah buat mata dia terbuntang bulat. Opah boleh baca apa dia fikir?

Opah sudah gelak besar. "Opah tau, angah ada benda yang tak kena..."

Dia senyap lagi. Sebelum tarik nafas dalam - dalam.

"Is that wrong opah to be good? I mean better?"
Dia tanya jujur. Air liur terasa berpasir tiba - tiba.

Opah senyum. "Mana ada salah kalau nak buat benda baik. Kenapa angah tanya macam tu?"

"Semalam. Angah dengar lagu Law Kana Bainana... Opah tau lagu tu?"
Dia tanya sebelum menyambung ayat.

"Eh... Mestilah tau. Siapa yang nyanyi tu? Hamidun? Hamid Hamidun ke apa namanya?"
Opah kerut kening cuba ingat nama Hafiz Hamidun. 

Dia senyum. Good sign! Opah tau!

"Hafiz, opah... Hafiz Hamidun"
Dia sambung.

"Hah? Jadi kenapanya dengan lagu tu?"
 Opah sambung tanya lagi.

"Emm... Angah dengar lagu tu semalam. And Angah really like that song. Tapi along macam pelik sebab angah dengar lagu tu. Macam peliklah kot. Sebab angah tak pernah dengar lagu tu. Macam dah keluar daripada perilaku angah dan mungkin kebiasaan angah and along. Kebiasaan dengar lagu yang tak macam tu?"
Dia balas dengan ayat tanda soal. Harap opah dapat bayangkan lagu - lagu yang selalu ada dalam playlist MP3 dia dan along. Along underground yang bunyi macam nak pecahkan tingkap rumah. Kalau tak menyentap bunyi bass dengan string tak sah.

Opah angguk kepala. Wajah opah yang semacam minta dia sambung cerita dia pandang dengan senyum macam nak sampaikan ayat terima kasih sebab tau.

"Lepas tu, masa dekat hypermarket semalam. Nard cakap angah macam alien, sebab pakai socks..."

Opah angguk kepala lagi. Tapi masih senyap menunggu dia bercerita.

"Dan tadi. Acu Mat pelik sebab angah tak bukak tudung. Angah rasa macam, I shouldn't show my aurah kat Daim and the rest. Tak sangka pulak Acu Mat nampak pelik. Mungkin sebab selama ni angah tak pernah tak bukak tudung..."

Dia balas dengan kepala menekur ke lantai.

"Dan angah rasa susah? Macam tu?"
Opah sambung dengan ayat yang memang tepat lagi benar.

Dia angguk. "Is that wrong, opah? What I am doing right now?"

Opah senyum. Kepalanya opah usap lembut.

"Angah suka tengok ombak kan?"

Soalan opah dia balas dengan angguk kepala.

"Ombak, mula - mula dia rendah. Tapi apabila dia bertembung dengan ombak satu lagi daripada arah lain, dia akan jadi lebih tinggi. Betul tak?"

Dia angguk lagi. Interference. Interference of waves.

"Sebab apa dia jadi lebih tinggi? Sebab ada halangan yang buatkan dia jadi lebih kuat. Bertembungan antara dua ombak kecil yang akan jadi besar"

Opah senyum.

"Jadinya, kita ibaratkan macam ni. Jihad angah sekarang ni kecil lagi tu kita ibaratkan macam satu ombak kcil. Dalam masa yang sama, along dan yang lain - lain masih dengan cara kita yang dulu tu satu ombak kecil yang datang daripada arah bertentangan. Dan situasi angah sekarang ni, jihad angah bertembung dengan norma yang memang susah untuk angah tinggalkan. Kalau betul angah yakin, biarkan. Biarkan jihad angah bertembung dengan norma lama angah. InshaaAllah, jihad angah akan jadi lebih kuat. Angah faham maksud opah?"

Soalan opah dia balas dengan angguk perlahan. Cuba menghadam.

Kita dengan norma kehidupan lama. Yang sukakan keseronokan tanpa pernah sedar akan keperitan yang hakikatnya wujud di balik keseronokan tu. Dan sekarang, kita dengan arus perubahan yang perit tapi hakikatnya penuh dengan keseronokan kelak. Pertembungan dua keadaan yang berbeza. Yang mana kelak akan memberi impak yang lebih besar. For good... InshaaAllah.

"Angah faham? Sebab tu lah ombak cantik. Dia kuat. Dia biarkan dua ombak kecil daripada arah berbeza untuk hasilkan satu ombak besar yang menyatukan dua ombak kecil berbeza menjadi sama"

Opah... Dengan antologinya.

*   *   *

Kadangkala, untuk melaksanakan seusatu yang betul di dalam keadaan yang silap tapi kelihatan betul amat susah. Tapi, itulah hakikat hidup. 

Dia uji sebab Dia sayang
Dia tunjuk yang benar biar kita dalam kegelapan
supaya
Kita dapat satukan kebenaran dan keterpesongan menjadi kebenaran yang lebi 


 

Saturday 13 April 2013

ZARANA SHAWL

easy to fold
ZARANA SHAWL

grab it today~~~
 whatsApp us now!!!
0135947180/ 0176146924






ZARANA SQUARE

45" SQUARE HIJABS

Available now!

grab it today~~~

 whatsApp us now!!!
0135947180/ 0176146924
 

 

Code: WP9
Color: Yellow
Price: RM32 only (not including postage)